PENYEBAR INNOVASI, PEMIMPIN BERWAWASAN
KTI ialah sebuah pemaju hartanah tersenarai awam yang berpangkalan di Sabah, Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 1984, dengan visi “semua orang mampu memiliki rumah”. Dari permulaan yang sederhana, KTI telah berkembang menjadi sebuah syarikat yang berjaya dan dihormati, serta dikenal di Sabah serta Semenanjung Malaysia.
Reputasi cemerlang KTI jelas terbukti – ia telah berjaya menyiapkan pelbagai projek kerajaan yang bernilai lebih RM 825 juta, serta projek swasta melebihi RM 2.1 bilion di seluruh negara. KTI juga dikenali sebagai pemaju hartanah berinovasi, dan telah memperkenalkan pelbagai kemajuan industri yang bersifat revolusioner di Sabah, terutamanya pengenalan Sistem Binaan Berindustri (IBS).
Asas utama kejayaan KTI adalah kepelbagaian, dengan portfolio yang merangkumi projek perumahan dan pembangunan bercampur yang mendapat pengiktirafan meluas. Antara projek tersebut termasuklah Taman Nelly, Taman La Gloxinia, Taman Seri Lemawang, The Logg, dan kejiranan pertama di Alamesra berdasarkan pendekatan “placemaking” moden – Ayuria Place.
Melangkaui masa depan, KTI akan terus berusaha merealisasikan pembangunan bandar yang mengekalkan nilainya. Berdasarkan etosnya “Keep Transcending Ideas” (Terus Melangkaui Idea), KTI bertekad melaksanakan projek yang bukan saja menyerlah pada masa kini, tetapi juga akan dihargai pada masa depan.